Thursday 26 May 2016

Sejarah Derita - Catatan Zaman Penjajahan

#Peraduan ulas buku ITBM di facebook/blog

Tajuk : Nyawa Di Hujung Pedang
Penulis : Ahmad Murad Nasaruddin
Penerbit : ITNMB (2011)
Harga : RM30/SM
Muka surat : 87 m/s (bahasa Melayu) & 113 m/s (bahasa Korea) 


Tajuk ulasan : Sejarah Derita - Catatan Zaman Penjajahan.

Novel berlatarkan zaman penjajahan Jepun ini pertama kali diterbitkan pada 1 Jun 1954, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala buku yang berada di tangan saya ini merupakan terbitan semula oleh Institut Terjemahan Negara (ITNMB), cetakan tahun 2011. Menariknya, terbitan semula ini turut diterjemahkan ke Bahasa Korea. Buku ini dwibahasa. Sebahagian bahasa Melayu dan sebahagian lagi bahasa Korea. 

Turut dilengkapi dengan ilustrasi bergambar, buku ini berjaya 'membawa' saya ke suatu zaman yang tak pernah saya lalui - zaman penjajahan Jepun. Kisah percintaan Yazid dan Juriah menjadi permulaan cerita. 


Kisah bahagia tersebut terhenti apabila Yazid difitnah dan ditangkap pihak Jepun pada hari perkahwinannya. Bermulalah kisah penderitaan Yazid dalam kurungan tentera Jepun. Dipukul, dipaksa minum air sabun, tangan diikat ke belakang lalu ditarik....semuanya digambarkan dengan jelas oleh penulis. Saya yang cuma membacanya pun terasa ngeri! 


Detik 'nyawa di hujung pedang'...Yazid hampir dipenggal kepalanya oleh Yosyimura. Mujur ajalnya belum tiba, dia selamat. Jepun kalah! 

Selesai membaca buku ini, terasa insaf dan bersyukur kerana tidak melalui pengalaman ngeri begitu. Jika sebelum ini saya pernah membaca buku dengan latar cerita yang serupa - Di Bawah Alunan Ombak karya A. Rashid Bin Ngah, tetapi buku Nyawa Di Hujung Pedang ini terasa lebih ngeri. Penceritaan yang jelas, ringkas namun sarat dengan sejarah penderitaan di zaman penjajahan Jepun.  


* Kita hidup pada zaman yang berbeza. Membaca sejarah derita masa lalu, membuatkan kita lebih menghargai kebahagiaan hari ini. *


7 comments:

  1. tahniah ujie...rajin membaca, Angah ni dah kurang hati membaca novel...kena seru semangat balik ni...

    ReplyDelete
  2. bestnya.. dah lama Ahlam tak layan buku2 macam nih.. tak sempat.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. dah lama tak membaca saya ni ujie, best nampaknya buku tu, dapat tahu serba sedikit tentang zaman dahulu

    ReplyDelete
  4. Bagus sebenarnya baca cerita cerita ilmu cenggini tp masalahnya mak nu kurang minatlah Ujie huhu

    ReplyDelete
  5. Bagus sebenarnya baca cerita cerita ilmu cenggini tp masalahnya mak nu kurang minatlah Ujie huhu

    ReplyDelete
  6. mesti hebat karya ni, sampaikan diterjemah ke bahasa Korea.dah lama tak membaca..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****