Thursday 12 June 2014

Riadah Pagi di CH

Sambungan entri lepas...punyalah lambat sambung! Tapi tetap nak catat di blog untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.

Pagi tu sekitar jam 7 lebih saya dan suami memulakan langkah. Melangsaikan niat di hati yang kononnya nak beriadah pagi kat Cameron Highlands ni. Hari sebelumnya saya dah tanya dengan pemilik Ros Chalet mengenai laluan yang boleh kami ikuti. Rupa-rupanya memang dekat je dengan Ros Chalet ni. Kira seberang sungai je (chalet ni terletak di tepi sungai).
 
Dari Ros Chalet, ikut je laluan jalan raya arah ke kanan. Jalan terus dan jumpa jambatan gantung ni. Lepas tu kita amik arah kanan.

Pagi yang segar dan sejuk (tambah pulak dah semalaman hujan). Tenang rasa hati saya menikmati hijau alam begini.

Akhirnya sampai kat kawasan Jabatan Perhutanan. Ikut je tanda arah yang disediakan. Jom kita jalan sampai Tanah Rata, 1jam je!

Laluan yang disediakan. Tapi agak licin sebab lepas hujan.

Pemandangan hutan yang membuatkan hati saya sangat gembira dan tenang!
Suka kat pokok yang macam pakis besar tu (sebelah kanan dalam gambar ni).
 
 
Tapi....misi berjalan kaki ke Tanah Rata ni musnah. Gara-gara saya tiba-tiba teringat serangan pacat kat Taman Negara Kuala Tahan dulu. Jangan kata Tanah Rata, Watch Tower yang 45 minit tu pun tak sampai tau. Saya sibuk ajak suami patah balik (walaupun dia kata kat sini takde pacat). Fobia punya pasal! Nantilah, lain kali bila dah kuat semangat dan musim tak hujan boleh cuba lagi.
 



24 comments:

  1. seng enggo baju biru kuwi bojo mu yo ujie :)

    nang cameron kok enek pacat yo?
    angger nang tmn negara memang akeh pacat ney koyo semut hurung
    mbiyen aku pernah picnin nang jabatan perhutanan ki
    tapi wes suwi banget
    masa tu aku orak iso pun enek taman sedia di seberang ney :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyo..bojo ku. kena paksa jalan depan..dhadi model..kehkehkeh

      kue picnic nang sungai Pauh yo..arek merono tapi wes orak sempat. mengko lah..

      Delete
    2. aku wes lali ujie
      tapi nang ndowor ney ono kuarters jabatan kuwi
      mbiyen tahun 2009, suwi banget..
      mangan bekal, orak cukup bajet arek mangan ngedei
      mareng ney ramai2 gitu :)

      Delete
    3. Betul la tu. Iki memang eneng kuarters.
      Orak adhoh pun Sg pauh ney...aku seng orak sempat. Sediluk waie nang CH.

      Jeneng ey piknik..yo mangan bekal.. :D

      Delete
  2. Hehehe..pacat tu ambik dia lenyek2 dengan jari je kak.

    Ewahhh cakap besaqqq..sy pun geli geleman dgn pacat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dia berdiri-berdiri tu pun dah geli...sentuh jauh sekali. Apa lagi bila banyak kat keliling kita!

      Delete
  3. Saya tak perasan la laluan ke sini..Mmg kena pergi ke Ros Chalet dulu ke, baru boleh sampai sini? Teringin jugak nak beriadah pagi...Paling pagi saya pernah keluar ialah jam 6 pagi, naik ke Brinchang & ladang teh tu...amik gambar sunrise :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..6pg awal sgt tu. Tak mampu saya nak redah sejuk.
      Jambatan ni mmg susah nak perasan sbb ia terletak kat ujung jln..jln mati utk kenderaan. Tak perlu pegi Ros chalet pun, saya sebut sbg panduan je. Kat jln tu ada lg penginapan lain..kafe..stoberi farm.

      Delete
  4. Kiranya bagaikan rancangan tergendalalah Ujie.
    Kalau kakak pun takut pacat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertunda...lain kali nak buat jugak misi ni, sblh ptg pulak ke..
      Kira ni tinjauan awal la..hehee

      Delete
  5. fuh...baca entry ini dah boleh terbayang suasana sejuk ngan nyaman kat sana..berbeza sungguh dengan suasana yang panas sekarang kat KL nie...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kenangkan sejuk nyaman, rasa nak stay CH je.

      Delete
  6. rajinnye akak nk jalan.. hehe..
    tp bagus jgk berjalan dlm hutan ni, dpt hirup udara segar.. :)
    pacat.. mmg menggelikan.. kalau ira pun xnak teruskan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mmg minat dgn hutan2 ni..tu la pasal. Tp takut pacat..camne?

      Delete
  7. Suka tengok cara pacat bergerak...ada seninya. Yang bahayanya tentang pacat dia hisap darah kita tanpa rasa sakit, sedar-sedar darah dah memenuhi kulit... Bayangkan jikadia bergerak ke bahagian-bahagian sensitif...aduuuuiiiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni? Seni dia bergerak tu lah buat saya gerun.
      Hooo...takmo fikir lebih sgt, lagi trauma jadinya.

      Delete
  8. musim panas gini elok la ramai2 kita ke CH je..heheh

    ReplyDelete
  9. hahaha..saya geli jugak dgn spesis lintah dan pacat ni.. teringat masa pergi ke sawah kat kampung shujin.. terlompat2 saya bila ada lintah naik atas selipar.. geli betul..

    ReplyDelete
  10. Tenang dan sejuk je nampak..

    ReplyDelete
  11. tak penah kena gigit lagi tapi mmg la sangat geli...huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. rugi nyer akak tak gi...pacat tu kecik je kak....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****