Sunday 14 August 2011

Isteri Pun Boleh...

Beberapa hari lalu, seseorang meminta saya memberikan pendapat mengenai suami yang ringan tangan menampar isteri. (Geram sungguh dengan suami begini...orang berkahwin dia pun nak kahwin. Tapi tak reti jadi suami pun!)

Lalu membawa ingatan saya pada kisah seseorang ni. Dia juga menghadapi masalah serupa, bezanya dia hanya memendam rasa seorang diri. Tidak meminta bantuan atau sokongan dari sesiapa pun. Hanya airmata pengubat sedih dan kesakitan.

Sehinggalah suatu hari, datang kekuatan dalam dirinya..dan bertekad akan membalas semula perbuatan suaminya. Tiba masa, seperti selalu..bila kemarahan suaminya datang, dia ditampar. Kali ini tanpa tangisan, dia bangkit dan menampar kembali suaminya!

Apa yang berlaku? Suami tadi terdiam tak terkata. Sejak itu tiada lagi tamparan dari suaminya. Mungkin selama ini suami tadi berfikir hanya dia yang mampu 'mengganas'. Tapi ISTERI PUN BOLEH...! Selepas 'kejayaan' itulah, si isteri ni menceritakan pada saya untuk panduan saya yang masa tu belum berkahwin.

Walaupun ini bukan cara terbaik dalam menyelesaikan isu 'keganasan rumahtangga', tapi nampaknya ia berkesan bagi 'si isteri' tadi. Mungkin cara terbaik adalah dengan meminta seseorang yang 'si suami' hormati untuk menasihati perlakuan salahnya. Jika gagal juga, barulah ke langkah seterusnya...TAPI APA YA ?? Penceraian adalah jalan terakhir, kerana ia suatu yang halal tapi dibenci Allah.

3 comments:

  1. ros ingat kata-kata dari Fadhilah kamsah..dy cakap..bergegar arasy allah jika berlakunya perceraian dimuka bumi~:(

    ReplyDelete
  2. setiap insan mahukan yang terbaik dalam kehidupannya, usaha selagi terdaya. dan niat la dalam hati semua kerana-NYA. Pasti beroleh petunjuk. Berdoalah, itu senjata paling tajam. :)

    Penceraian itu kalau ada 100 pilihan, perceraian pasti masuk dalam pilihan ke 200.

    ReplyDelete
  3. ganas siot isteri macam tu..dalam diam2kan??haha

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****