Monday 8 August 2011

Duhai Lelaki...berPUASAlah!

Sepanjang perjalanan hidup ini, saya menemui ramai LELAKI yang kecundang dalam cabaran berpuasa di bulan Ramadhan. Perempuan yang saya temui, tidak berpuasa kerana mereka uzur (mungkin ada yang ponteng puasa, tapi belum saya temui). Tapi kalau lelaki yang tidak berpuasa, sihat tubuh badan...apa lagi alasannya?

Ini bukan satu pertuduhan, tapi sebuah kenyataan yang saya lalui sendiri. Saya selitkan dua kisah berikut, yang membuat saya rasa sedih dan simpati atas LEMAHnya lelaki-lelaki ini...:

Kisah 1
Semasa di tempat kerja suatu ketika dulu (di sebuah kilang elektronik), saya melihat cermin tingkap sebuah treler di tutup dengan kain. Biasanya tidak begitu. Saya memerhatikan dari jauh, tidak lama kemudian turun seseorang yang saya kenali dari treler tersebut sambil membawa plastik berisi bungkusan makanan.

Selepas itu, sewaktu bertemu dengannya saya bertanya langsung mengenai hal tadi secara sopan. Sedih bila dia mengakui tidak berpuasa...jawapan biasa, tak larat! Simpati kerana seorang yang masih muda, sihat dan bekerja setakat membawa treler dari Johor Bahru ke Singapura...tidak mampu berpuasa.

Dia ketua keluarga. Juga seorang bapa.

Kisah 2
Sewaktu menjalankan urusan kerja di luar pejabat, saya terpaksa keluar bersama seorang staf lelaki. Dalam perjalanan pulang, dia memberhentikan kenderaan di sebuah bazar Ramadhan yang telah dibuka seawal jam 3pm! Dia turun sendirian dan tanpa segan silu pulang dengan membawa bungkusan makanan, beserta air. Saya menegurnya kerana masih terlalu awal membeli juadah berbuka. Tanpa rasa bersalah, dia mengakui tidak larat berpuasa! Saya menasihati dia semampunya.

Dia juga ketua keluarga. Juga seorang bapa.

**************************
Sekadar menyelitkan dua kisah disebalik banyak lagi kisah yang seumpamanya. Itu belum lagi yang sering menunaikan umrah, tapi meneguk air dalam kereta di bulan Ramadhan. Siap pelawa orang lain pulak! Bagaimanakah LELAKI yang dianggap ketua keluarga dan pemimpin ini nak mendidik anak isterinya jika dia sendiri RAPUH? Jika akar tidak kuat, pokok pasti tidak dapat berdiri teguh.

Duhai LELAKI..berpuasalah.
Kerana ia perintah yang WAJIB dikerjakan.
Jadilah ketua keluarga yang bertanggungjawab!


p/s: Jika kita bertemu dengan orang-orang begini, jangan segan silu memberi teguran secara sopan. Tanpa teguran & nasihat, perkara yang salah akhirnya menjadi kebiasaan dan dianggap betul. 

6 comments:

  1. hurm, nak kata..hihi:D memang betul sangat3 kak! ros setuju..dulu sebelum smbung degree. ros kerja jap kat tesco as a cashier..hurm, ros g la rehat jalan3 ngan kwn ros kat belakang stor..perghhh~ tgok3 dyowang minum air..ade yang hisap rokok lak tu~ ntah r kak..ros selamberk jek tegur..sebab dyowang tu sume abg3 ros gak dan kwn3 ros sendiri..dyowang leh ckp..kitorang kerja berat..tak mcm korang cashier..ade kerusi leh duduk3...hurm, tu jela yat dyowang kak~ mang agak ketegaq jugak dak3 tesco neh..hehe..pengalamnnnn..tapi dak3 tu sempoi r..suke kwn ngn dyowanggg~:) cume part tak pose tu jela yg agak kureng sket~ alasan memanjang..:P

    ReplyDelete
  2. kdgkala mereka ini buta mata hati dgn mas'ul dalam khidupan...kte yg lihat tegur smampu yg blh kte de hak sbg saudara Islam...sme2 kte meningktkn ibdah di bulan penuh barakah ni demi inginkn keampunan dan kerahmatan dr-Nya Yang Esa ...Insya-Allah...

    ReplyDelete
  3. sbb amik mudah jer..tue yg jadi mcm tue...tak takut balasan..

    ReplyDelete
  4. darkrose: diorang ni mmg suka cari alasan. nanti ros nak cari bakal suami..hati-hatilah ya!

    ReplyDelete
  5. tak larat..tak patut seorang bapa dan seorang suami berbuat sedemikian

    ReplyDelete
  6. rasanya ini akibat dari mengambil ringan ibadah puasa ketika kecil..bile besar terbawak2..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****